PArM’s Announcement – Message To Members
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tuan / Puan yang dihormati sekalian,
PERKARA : NOTIS PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-11 PERSATUAN ARBORIST MALAYSIA (PArM) TAHUN 2019
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 PArM 2019 akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 7 Julai 2019 (Ahad)
Masa : 2:30 petang
Lokasi : Philea Mines Beach Resort
Di antara pengisian mesyuarat adalah pembentangan laporan aktiviti dan penyata kewangan serta pembentangan usul daripada ahli-ahli berdaftar PArM. Aturcara dan Agenda Mesyuarat adalah seperti dilampirkan.
Nota :
1. Dua (2) program sebelum AGM ke-11 akan diadakan seperti berikut:
9.00 – 11.00 pagi : Program Asas Pengecaman Penyakit dan Perosak Pokok oleh Dr Farid Ahmad
11.00 – 11.30 pagi : Cordless solution for Arborist by MAKITA
Seminar ini terbuka kepada semua ahli PArM yang telah membayar yuran tahunan 2019 (percuma)
2. Jamuan Hari Raya untuk ahli PArM juga akan diadakan pada sesi makan tengahari
3. Di mohon semua ahli PArM merujuk kepada lampiran Notis AGM untuk pengemukaan semula borang usul (LAMPIRAN 2) selewat-lewatnya pada 30 Jun 2019.
4. Sijil keahlian ahli PArM (yang tiada tunggakan yuran) akan diserahkan sebelum mesyuarat AGM ke-11 bermula (bagi yang membayar yuran sebelum 30 Mei 2019)
5. RSVP – SILA REPLY “YA” KEPADA EMAIL INI UNTUK MENGESAHKAN KEHADIRAN ANDA KE MESYUARAT AGM KE-9 SELEWAT-LEWATNYA 30 Jun 2019
Kehadiran semua ahli PArM adalah sangat dialu-alukan. Bersama-sama dilampirkan notis panggilan mesyuarat, borang usul, dan aturcara untuk perhatian pihak tuan/puan
Terima kasih.
Salam Hormat.
Puteri Bahrun
AJK Tugas-tugas Khas
Download Here – Notis Mesyuarat Agung ke 11